saat diri ini kau perlukan
kau berkejar dengan harapan
kau berusaha untuk mendapatkan
kerana engkau betul-betul mengimpikan
tika diri ini kau anggap kawan
pelbagai janji kau ungkapkan
setiap saat kau jadikan kenangan
hingga hati terputik impian
namun kini....
semua tinggal kenangan
kerana diri telah dianggap lawan
demi mencapai sebuah kejayaan
kau sunggup buang kawan
janji manis yang kau ungkapkan
menjadi nista dalam percakapan
sepenuh kesetiaan yang aku berikan
kau balas dengan sejuta pendustaan
wahai kawan...
ego yang melampaui batasan
memusnahkan sebuah ikatan
menghancurkan seribu kenangan
menjadikan semuanya angan-angan
yang terkubur dek mengejar impian
wahai sahabat..
semoga Allah memberi kesedaran
akan pentingnya kehadiran kawan
dalam mengharungi sebuah kehidupan
ku tadah tangan sebagai harapan
moga kita kembali berkawan
bersama berusaha mencapai kejayaan
agar tercapai sebuah impian
Oleh : Nadiah Ruslan