Saturday, 13 October 2018

Working Life.

Rutin pekerjaan dalam kehidupan. 

Ada normal hours, ada shift. Ada sukehati, yang tu bos lah. Bisnes bisnes~ tak tentu masa. Orang cuti, kita kerja. Public holiday? Lagi nak pulun. Bayar mahal kot, takpelah. Bukan ada sape sape pun nak ajak lepak. Ajak lepak pun susah, kita free, dia tak free. Eh tahlah, lantak koranglah. Dah besarkan semua, dah ada life sendiri. Nak lepak, jom! Taknak lepak, syuhhhh sana! Ceeewaaaah~

Sekarang aku kerja as shift hours. 6 hari kerja, 1 hari cuti. Penat? Kerja kan, kerja apa yang tak penat ye dak. Awal awal dulu, koyak lah jugak. Sekarang dah ok dah tapi koyak dengan orang yang tak faham masa kita. Bila kita cakap, dia melenting.

"Yelah, memang kau sorang je kerja, kitorang ni tak!"
"Tak fahamlah bila kau cuti ni."
"Yelah, kerjalah. Gaji asyuk jangan lupa belanja member!"

Ikutkan hati, nak je aku kahak sekor sekor yang memekak seperti njirrr ni haa. Sakit hati aku taw. Gaji aku sikit ke, gaji aku banyak ke, memang aku belanja je korang. Rilek boleh kan? Member rapat pun kekadang perangai camni, lagi aku koyak senanye. Hahah~

Kerja aku setakat ni baik baik sahaja. Tapi ada benda benda yang tak enak tu sikit. Biasalah, manusia kan. Suka suka je nak jatuhkan orang. Sekarang tengah layan perangai talam 2 muka masyarakat kat tempat kerja. Aku taktaulah dia nak ape kat aku. Deyyyyy~

Oh ya, aku dah dapat surat confirm. Dah jadi permanent kat situ. So, kalau nak berhenti, kene bagi notis sebulan. Uwuuu~ hahahah

Ok lah, nanti free free aku bebel banyak. Memang nak bebel banyak tapi idea dah hilang. Wkwkwkwk

Random

"Sampai bila nak duduk kat zon selesa?"

Selesa tak selesa jugaklah. Kata nak carik pengalaman je, bukan nak stay lama lama pun. Nak cukupkan experienced 1 year kat bahagian resume je, boleh la tu dari takde.

Sesambil tu bolehlah kumpulkan duit kwsp dengan epf. Sampai sekarang tak faham pun function dedua menda tu, nak kira gaji sendiri pun tak reti. Hak sendiri pun taktau cane nak mintak.

Penatlah jadi noob. Noob dengan dunia luar. Tanya macam macam kang, dia kata kita tak patut tau, confidential. Eh

Apekah yini semua? I need help

Saturday, 28 July 2018

Follow The Flow

Masa pun berlalu, benda yang aku taknak tu jugak yang datang.

Kerja? Walaupun "sementara" je, tapi I enjoyed working life. Acah² sibuk, setiap bulan ada masa² kaya, masa² senaknya, seronok dapat ringankan beban mak dan ayah.

Cinta? Ini yang aku runsing. Tak ready, tapi dia dah datang. Datang dalam keadaan aku terumbang ambing. Dalam sedar atau pun tak, tak tahu siapa yang patut ada and i already choose one. Everyone surely didnt expected it but i already have someone who is living in my heart. Serius weh. Tapi aku taknak open up this case. Yang tahu je tahu. I cant shut people mouth tapi lantaklah, sukehatilah nak cakap apa pun.

Btw, mak pun tahu. Aku baru bercerita benda ni and mak cakap camni;

"Takpolah, ado jodoh ado, takdo jodoh takdo. Kot dah bekonan, mak ok yo!"

MAKKKK! HAHAHAH OMAIGOD

Friday, 2 March 2018

Random Thoughts

New workplace!

Mula mula tu memang takleh adapt jugak ah dengan life kat situ sebab hu hu hu aku agak down dengan masyarakat hul kat sana.

Tapi

Bila dah 2 bulan hidup kat situ, aku dah ok dah. Koyak pun koyak tapi koyak dengan kebodohan jelah. Benda simple semudah ABC, di belit belit sampai rumit, benda dah siap, kene rework balik sebab macam macam isu dan sebagainya.

Aku pun taktau lah, tapi aku bersyukur pengalaman yang aku dapat ni agak berharga lah jugak. Aku boleh dikatakan antara graduan yang ohsem dan bergaya sebab memilih untuk bekerja kat situ taw. Kaya yolssss~ tapi tak bermasyarakat lah.

Yang kata, "kau tak penah susah, takyah sembang kau boleh berdikari kalau semua benda kau boleh harapkan mak ayah" kau tak paham.

Macam kau cakap, perjalanan setiap orang tu berbeza beza.

Dan ini jalan aku. Aku yang pilih, aku yang mulakan dan aku jugak yang pilih sama ada untuk teruskan atau berhenti.

End.

Sunday, 25 February 2018

Rezeki

Past few days, I saw my following posted on twitter on how rezeki hits his/her well. Untunglah~ rezeki tak salah alamat. Berkat kesabaran lah katakan. 

Tapi jauh di sudut hati kecil ini, I feel a bit "kerdil" la sikit. Bukan kita tak usaha, bukan kita tak doa, bukan kita tak sabar, tapi because of his/her tweet, aku cam stres sikit. Ye betulla dia niat nak motivated orang, dia cakap as his/her thoughts kan, tapi dalam masa yang sama dia merendah-rendahkan orang. 

Takpe, selagi dia tak mention aku, dia tak cakap pasal aku. Tapi dia punya random tu adalah golongan aku taw. Fresh graduated on degree level, graduan dengan hutang and so on. Aku cam PERLU KE cakap camtu? 

Kau tak penah tanya dan tahu kan macam mana graduan dengan hutang ni usaha bagai nak rak jadikan pinjaman dia as biasiswa dengan first class? Semua orang usaha kottt, sape je tak usaha. Dapat dengan tak dapat je. Aku triggered do haha serius. Ye, kau untung. Kau sangat beruntung. 

Dia punya motivated tak macam motivated. Nak motivated mesti berhemah brother. Bak kata pepatah melayu, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar.

Kkk rakluuuu~

By the way, situasi ni lebih kurang macam pointer 3.8 dengan 2.5 lah. Katanya rezeki 2.5 melimpah sebab ikhlas, 3.8 tak seberapa sebab angkuh. Cuma situasi ni dia tukar dengan level sijil je. Ceh~ whatt theee 😪 Boleh tak takyah sembang pasal rezeki orang? Tu kerja tuhan laaa. Please la people! Kau rilek je k. 

Survived

Alhamdulillah, I survived living in Shah Alam for 3 years man. 

Highlight sikit.

I dont need a strangers (maybe someone who we know in short time) to help during the rough time. All I have is myself. Also, I have a few friends that I can lean on.

Thank you, and I miss all of you 💜

Saturday, 20 January 2018

14 Januari 2018

Alhamdulillah. Officially turned 23 years old.

Thank you everyone for all the warm wishes. Sampai taktau nak berterima kasih camne lagi. Glad to know you gais!

Di umur 23 ini, Nazirah yang korang kenal akan lebih berusaha dengan lebih gigih dan jayanya demi mencapai sebuah cita-cita menggunung di samping dapat meringankan beban keluarga sendiri. Doakanlah Nazirah yang korang kenal ni dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang sempurna dan tak kenal erti putus asa. Nanti bila Nazirah yang korang kenal ni dah berjaya sikit, Nazirah yang korang kenal ni takkan lupakan insan-insan yang ada masa dia susah dan senang. Arigatou~

Akhirul kalam, azam pertama tahun 2018 dah tercapai. Aku baru sedar ramai gila yang sayang kat aku haha. Yelah, aku ni jahat. Suka carik pasal dengan orang, susah nak buat baik still ramai betul yang sayang aku. Aku terharu

K taknak nangis.

Tuesday, 2 January 2018

2018

2:49 pm, Koop SEMENDA

Hula hulaaaaaa~ tetiba rasa nak menulis. Tetiba je macam banyak idea mencurah. Aku tengah kebosanan ni. Sebab dah takde orang nak membeli belah, tu yang boleh rilek sikit.

Ok, harini dah masuk hari ke-3 untuk tahun 2018. Tak sangka pulak 2017 dah habis. Rasa kejap sangat. Banyak jugak memori 2017 tu. Memori yang tak akan dilupakan ialah jadi pelajar tahun akhir degree kat UiTM Shah Alam. Weh, aku dah habis belajar kot. Cukup 3 tahun bermastautin kat Shah Alam, tu pun tak habis rayau lagi hihihi.

Ape ape pon, 2017 is such a tough year for me. 2017 dah ajar aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, berusaha dengan lebih gigih dan hargai pengorbanan orang sekeliling kita.

Sayonara 2017 which is a tough year but still precious to me. Thank you!