Friday, 8 December 2017

Dah Berlalu

Orang kata, barang lepas usah dikenang. Orang katalah. Aku tak kata.

Aku nak kata, barang lepas tu bekas dia masih bertanda taw. Bila dah bertanda, sah sah la teringat. Adumak ai~

Jauh sudut hati ni, tepikir gak;

"Aku ni ikhlas ke tak?"

Mmmmmmtah, lantak ah!

Saturday, 2 December 2017

Exhausted!

Tahu tak, aku penat gila nak jawab soalan semua orang. Soalan sama, nak jawab kat semua orang. Penat doh.

"Carik keje Naz. Bantu keluarga. Bila lagi nak keluar? Sampai bila nak duduk kek Gombau ni? Ayah dah pencen. Keje. Carik duit, bagi ayah"

First of all, aku dah mintak kay. Tak dapat lagi. JUST SO YOU KNOW, aku tau lah tanggungjawab aku kat keluarga tu apa. Can you please stop? You just know nothing.

N O T H I N G . A T .  A L L

Lagi aku panas tu bila aku bagitau aku nak duduk rumah je, nak kerja area Gombau jeeeeeee. Kau tau aku kene bahasakan cemana?

"Hmmm memang takdo lah do. Kek sini mano ado kojo bona. Tak jadi apo lah kau do. Blaja la berdikari, carik kojo kek luar. Tengok dunia luar" Pastu dia sambung dengan example "orang luar" sana yang takde kaitan ngan aku, yang bila dihadamkan pun tak sanggup nak "WOW" sebab susah sangat nak carik keje kat luar. Hul

Huaaaaa AKU STRES BODO! 3 tahun kat Shah Alam dah cukup buat aku matang kot. Taraf hidup tinggi bai. Dulu ok lagi lah, kemon. Loan belajar beb. Masa belajar berkepuk kepuk yayasan bagi, sekarang ni mana ada yayasan bagi dah. Pikir nak bayar balik je haaaaa. Nak keluar pun duit jugak. Hu hu tak sanggup nak melabur kat benda yang tak pasti. So online je lah. Online je semua. Nak menapak tu, huuuuuu~ ah tunggulah bila rajin. Sekarang malas. Memang malas pun dari lahir.

Dalam hati tu tepikir gak....

"Jangan sampai aku kerja jauh dari rumah sampai tak balik taw, masa tu jangan sebok tanya bila nak balik, bila nak cuti!"

Ceeeeewaaah

Persekitaran yang buat aku camni. Serius. Aku stres sebab persekitaran! I cant deal with this people. Mentality level maximum sampai aku yang mental.

Thursday, 30 November 2017

Jatuh Cinta Ke?

Dah kalau setiap masa asyik teringat kat dia, itu tandanya apa?

Tapi kan, aku banyak kali gak mimpi perempuan ni taw. Taktau kenapa. Sapa rindu sapa sekarang woi?!

Tapi bila whatsapp ke, DM kat IG ke, Twitter ke, annoying nak mampus. Menyirap je darah aku kekadang. 

Tapi ada masa masa gak dia sweet sweet sampai aku gila bayang weh. Kahkah!

Aaaaaaaaa moeulla~ dont knowww~ taktauuuuuuu~ 😣😣

p/s: That person is not so perempuan lah. Aku je panggil dia perempuan. Dia nyah! Kunyit. Hshshshshs jatuh cinta ngan kunyit bai. Ini real kihkihkih.

Sunday, 26 November 2017

Holiday!

Hip hip hooreyy! Bila tempat kerja kau kat sekolah, jadi cuti kau pun macam budak sekolah lah kan. Hiks hiks

Taktau lah sampai bila bertahan duduk kat koop sekolah tu haaaa. Sementara nak tunggu kerja kerja yang gaji masyuk kan, kat situ jelah aku nampaknya. Dekat pun dekat. Senang nak pegi keje lambat. Hshshshs

Last day sekolah tu, ramai yang tanya;

"Kak, tahun depan ada lagi tak?"

"Jumpa tahun depan kak. Akak ade lagi kan kat sini?"

"Akak janganlah berenti lagi. Keje jelah kat sini"

"Saya tak pindah taw kak. Boleh jumpa akak lagi"

Dan banyak lagi lah. Aku pulak macam "hmmmmmmmmmm dorang ni kanggggg"

Monday, 20 November 2017

Annyeong.

Allo~ brother sister~ Rasa macam nak rajin berblogging balik ah. Setelah sekian lama berhibernasi dari dunia blogging ni kan, rindu pulak. Hah tiber 😆

Tengah cuba membiasakan diri dengan interface baru ni haa. Tah hapo hapo tah. Tak paham den. Dah sebulan gak lah aku perati interface baru ni. Yelah, haritu aku punya post title problem. Background dia dah hilang. Buruk nak mampus katekooo~ pastu aku bukak la blog kak lyssasecret tu sebab nak betulkan balik..............hmmmmmm TAK PAHAM DENGAN TICK EXPAND WIDGET

Lepastu aku dah mental, terus aku buat yang basic balik. Then, aku rasa hipster pulak guna themes cenggini. Hahaha so yeah! 😲

Nanti aku download balik blogger kat phone aku, so nanti senang lah aku nak menulis kat situ.

Ni aku bet ni, memang takde peminat dah. Peminat dulu semua tengah bertungkus lumus settle kan degree diorang. Haha issokay! All the best eh korang.

Sayonara!

Thursday, 24 August 2017

Thankyou

Dedikasi untuk insan-insan yang support aku untuk siapkan tesis.

Untuk Nabilah dan Badrul, jasa korang sebab jadi maps dan driver masa buat kajian lapangan sumpah tak terbalas. Tengkiyu jugak sebab bagi kata-kata semangat lepas settle viva, sebelum nak submit lagi. Sebab engkorang berdua jugaklah aku boleh selesaikan tesis ni dengan pedih tenang. Semangat setiakawan engkorang berdua takkan pernah aku lupakan beb. I love you

Untuk Adawiah, tengkiyu jugak sebab selalu bagi idea, dengar masalah, kadang tolong selesaikan masalah, jadi kawan masa Naz kesunyian. Tengkiyu sesangat. Walaupun Naz selalu annoyed ngan Wiah, tapi Wiah sabar je. Tau tu, kekadang rasa nak lempang kan, tapi sebab sayang menebal tu, Wiah layankan aje hahaha konfiden. Tak lupa kat Naili gak, tengkiyu datang bagi semangat haritu. Muahked.

Untuk Uyul, 2 sem kita jadi jiran kan, kau lah supplier kdrama, kpop, kshow yang paling ohsem penah aku ada hahaha. Tengkiyu sebab sudi dengar masalah aku sepanjang nak siapkan tesis. Kalau dah pishang sangat tu, aku gi bilik kau jelah. Tengok ape kau buat, kacau hidup kau haha. Btw, teh O kau sedap taw. Tak lupa jugak kat geng lain tu (As, Na Pah) yang datang comfort aku lepas viva, bagi kata-kata semangat, bagi dorongan, bagi hiburan hahaha lepastu bawak makanan kahkahkah~ datang bilik aku tapi bawak makanan sendiri. Sengal semua bahan aku sebab takde makanan kat bilik.

Dan buat seseorang yang suka ingatkan aku pasal tesis dari aku start buat proposal sampailah dia jadi buku tesis tu, tengkiyu. I love you~




Thursday, 17 August 2017

Graduated

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

I finally graduated with Bachelor of Applied Language Studies (Hons.) Malay for Professional Communication. Feeling blessed because I Grad on Time (GOT).

Even though I worried too much with my thesis because it is so hard for me to completed them, but it is a miracle because I managed to finished them on time. Really really thankful to everyone who supports me through ups and downs.

Buat mak, ayah dan keluarga di Rembau, Negeri Sembilan, ini je yang mampu kakak bagi. Kakak dah buat sehabis baik sepanjang 3 tahun kat Shah Alam. Belajar benda baru, but still I love what I learned. Ilmu yang diperoleh akan digunakan sehabis baik dalam kehidupan. No worries.

Buat tenaga pengajar sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan ijazah ini, jeongmal gomabseubnida sebab sudi mendidik saya dengan tenang dan gembira. Terlalu banyak ilmu-ilmu yang telah dipelajari sampai kadang-kadang terlupa lak tu. Haha no no, tak lupa pun. Kalau digodek balik kotak memori ni, insha Allah masih ada lagi ilmu tu, cuma kena gilap sendiri jelah. Hihihi. Tak lupa kepada supervisor thesis saya sebab bagi markah yang terbaik untuk saya.

Buat kawan-kawan, terlalu banyak ucapan terima kasih untuk diorang. Rasanya kene buat satu post khas nanti. Later I will do that okay!

So next phase........



Dont decide yet.



#roadtoconvocation

Wednesday, 25 January 2017

Penulisan Ilmiah

Tengah ambik mood nak siapkan PI aku.
Syarat nak grad ni woi.
Kene buat sungguh sungguh.

Doakan aku weh. Mintak maaf salah dan silap.
Yang terasa dengan aku, yang kene marah dengan aku.
Aku mintak maaf sesangat.
Insan yang lemah kan.

Semoga Nazirah Mohd Nor dapat buat penulisan ilmiah dia dengan tenang dan gembira dan dapat sokongan dari orang sekeliling dari pelbagai segi termasuk mental dan fizikal. Amin, allahumma amin.

Bismillah. Semoga Allah permudahkan.