Friday, 27 June 2014

Lembaran Baru

Assalamualaikum semua.

Ceyy~ menyepi sangat ke aku? Twitter pun cam boring. Blog aku pun sepi. Heh sepi lah sangaat. Kita dah tak jadi keyboard warrior cam dolu. Sekarang, kita duduk rumah macam ape je. 24 jam dalam sehari tu macam 1 minit je. Hikss~ dramaaa kinggg

Yela~ nak buat camne. Sebab tulah kita kena manfaatkan masa. Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. Gituuu~

Oh I see. Aku punya throwback kolej tu aku tangguhkan dulu k. Later aku sambung. Sekarang cam malas nak kenangkan balik kenangan kenangan kat sana. Lol tetiba. Yela~ ada something yg buat aku rasa sakit sangat. Heh~ cukup. Malas nak fikir. Sebab the past is in the past.

Rindu kat Ramadhan tahun lepas.

Okey. Selamat Malam
12.55 am
Esok sabtu. Ahad puasa
Tak sabarnya

Thursday, 19 June 2014

Benci

Benci.
Sukehati anda lah nak benci siapa pun.
Tu sifat semulajadi.
Kadang kadang takleh kawal.

Eh please!
Stop being childish.
Aku tak suka.

Bila dah benci, dengar nama pun aku taknak.
Jadi, sila jangan muncul depan aku.
Aku tak kenal kau dah.

Kepala bana.......
I HATE YOU!

Wednesday, 11 June 2014

Throwback Kolej #4

sambungan......

Kenal dengan Pija macam satu kenangan terindah. Lol padahal tu kawan aku masa tadika kot. Hahaha~ then, kitorang borak pasal kelas. Ingat dapat ah sekelas ngan dia, tapi tak pun. Dia A4P2. Aku A1P1. Hahh pandai pandai lah kau hidup nazirah oi.

Ok. Aku rasa habis ah pasal Masa Memula Masuk

Sepanjang berada di sana.

Ok. Part ni memang panjang berjela lah kan. Aku taktau ah aku boleh cerita semua ke tak. Heheh. 

Masa sem 1, aku sangat rapat dengan budak aras. Tersangat. Roomate Pija tu dah jadi sebahagian dari life aku kat sana. Yang paling best, aku rapat gak ngan ketua blok. Ketua blok selalu carik aku. Mintak tolong ape semua. Ohh suwitnya ketua blok haku. Haha~ ok rindu.

Aihh nak taip maleh lah. Aku tinggalkan gambar je boleh? Huhuh


Ini budak aras. C5 T3


Again. Ini Dalilah. Hahah~


Ni Piqah. And utk pengetahuan korang semua, ini la budak yg bukak pintu masa aku first first masuk tu. Ini lah dia. Dulu je camtu. Piqa ni banyak luahkan perasaan dia kat aku. Dia sayang aku katanya. Mihmih. Dia ni lah kawan yang paling banyak kena buli. Ngan aku jela. Kadang kadang kesian gak. Tapi aku suka buli dia. Hahaha. Piqa antara kawan yang paling sweet and paling rapat. Kitorang tak penah gaduh. Dia tak penah marah aku. Lol penah k penah. Aku ingat lagi, masa tu kitorang plan nak gi Bahau. Pastu aku cancel last minute. Jahat kan aku! Sorry tak sengaja. Pastu dia marah gila gila ah. Tulah kali pertama dan kali terakhir dia marah aku. Ehh, banyak lak caption dia. Takpe. Nanti aku buat satu post khas untuk awak Piqah. Hope awak menangis :D

Ini kitorang masa perbincangan Hari Keusahawanan kat Astaka :)

Ini Qila dengan Nadia. Masa ni, kitorang tengah buat projek video agama kat bangunan tutor. Orang tengah berdrama, kami selfie sat. Kahkah!

Ini masa sem 2. Btw, kitorang koko masa sem 1 taw. Tapi malangnya, masa sem 1 kitorang tak merasa naik basikal waktu koko. Jadi, cikgu kasi chance berbasikal masa sem 2. Mihmih

Aku, Nadia dengan Syahirah. 

A1P1.

Dua dua mek kelate. Nadia dan Alya :) Rindu uolls T.T

Nadia lagi. Masa sem 2, aku banyak lepak ngan Nadia. Kelas pack. Memang tak sempat nak balik bilik sendiri. Makanya, aku menapak lah kat bilik dia. Dia pun suka aku lepak bilik dia. Hahah


Ok. Ini kuliah aku. Rindu A1 :)



bersambung......





Tuesday, 3 June 2014

Interview

Assalamualaikum.

Post yang agak basi. Sebab aku tak punya banyak masa macam dulu. Dulu lain. Sekarang lain. Dulu anak dara sunti, sekarang gadis pujaan malaya. Puhhh cita cita tinggi melangit, usaha dia umpama padi menguning. Lol kenapa dengan padi menguning? Salah ke dia menguning? Atau aku yang tak reti nak kasi perumpaan dah? Sorry not sorry. Dah lama tinggalkan zaman kegemilangan subjek Bahasa Melayu masa SPM dulu dulu.

Oh. Memandangkan aku lepasan pelajar matrikulasi terbaik dari ladang, aku kenalah apply upu untuk degree dengan tujuan untuk mengorak langkah step by wicked step -,- Maaflah. Tetiba rasa otak blur. 

Meh kita throwback sat.

Masa zaman spm tu, apply upu beriya iya. Yelah~ rasa diri ni dah besar. Dah pandai bawak diri lah sangat kan. Ambik universiti yang nais nais. Hmm... sekali tak dapat. Boleh rasa tak perasaan tu cemana?

Masa zaman matrikulasi ni, kita rasa kita dah besar lah jugak. Fikiran pun boleh kira dah matang. Well said, even sweet9teen je pun, tapi kematangan dari segi fikiran tu agak nampak lah jugak. Opps, saya tak puji diri sendiri. Ini orang kata. Mulut orang kita takleh tutup :p Jadi, kita apply course yang agak kita boleh dapat mengikut pointer yang kita dapat. Mihmihmih

Jadi, aku dapat interview Sarjana Muda Bahasa Melayu Komunikasi Profesional kat UiTM Shah Alam. Interview je. Jadi, jangan nak over eksaited sangat sebab takleh jangka bisa dapat atau ngak sebab bukan 10 orang je yang menghadirkan diri tawww

Teringin lah jugak menikmati pengalaman berinterview ni. Agak nervous pada mulanya tapi steady bila merasainya. Biaserlaa, pengalaman mendewasakan diri. Lewlss~ Dapat pulak sahabat handai yang umur tak macam hakuuh. Ade je pelajar lepasan asasi, tapi major lepasan diploma and lepasan stpm. Boleh agak tak umur kitorang camne? 

Ye, itu yang aku akan hadap bila zaman degree nanti. Aku taktahu aku boleh adapt dengan life tu atau tak. Aku taktahu. Rasanya, hati kata tak mampu. Tapi, kita kena mencuba sesuatu yang baru. Hmm.......


Ini antara teaser aku sebelum result keluar.