Thursday, 27 December 2012

Lepasan SPM -.-

alahai. sekarang ni aku dok mengusha asasi asasi yang ada kat universiti universiti serata malaysia ni. hmm, ikhlas aku cakap, aku taknak jejauh bona. dekat dekat dah laa. orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan. yang tu memanglah. tapi aku ni haa. aku takleh jalan jauh. kang peninglah, itulah, inilah. yang tu memang takleh sangkal laa. lumrah kehidupan para wanita. ecehhh :p

korang semua dah usha UPU ke belum? rerajin laa usha do. jenguk kat SINI. ambik tahu sikit perkembangan. jangan dok hadap pesbuk buto yo! memanglah ade yang rajin nak update status pasal itu ini tapi kita kene tahu jugak kat mane dorang tengok. bagi yang tak beli no pin UPU tu, jangan lupa 7 Januari dah boleh beli. sampai 15 April je. lepastu dah takde dah. padanla muka korang kalau lambat beli. beli kat BSN! jangan meracau racau pulak kau nak beli kat Zemart, Parkson, Midvalley, JJ and so on. kot adelah kan :D

haritu, aku ade jugaklah beborak dengan makcik pakcik aku pasal bidang kerja yang aku nak masuk. hmmm, induk dah warning awal awal, jangan nak ceburkan diri dalam bank bank ni. sok balik lambat nanti. pehtu paksu aku sambung. dahlah balik lambat, pastu makan nasik bungkus je. haha :D kesiannya induk den. so, aku rasa bidang bank aku dah boleh reject awal kot. ambik bahagian lain. subjek perakaunan aku tu boleh maintain, tapi ambik bidang lain la. macam akauntan pejabat ke. en en en? masalahnya, mampu ke aku? okey, tolak tepi jap!

pehtu, makcik aku adelah jugak suggest bidang kerja yang agak sesuai lah kan dengan den. macam lecturer. katenya, aku boleh bercakap dengan baik. alahaiiiii. then, suruh jadi cikgu. hmmm, cikgu tadika aku nak lahh. budak kecik ni aku boleh masuk sikit. ehehhh! then, ade lagilah kerja kerja lain yang aku malas nak cerita. pokok pangkalnye, aku lah! so naz, pilih lah yang terbaik untuk kau

aku dah usha beberapa asasi ni. aku tengok asasi undang-undang macam best. tapi masalahnya, asasi ni ada 2 bahagian. ada asasi under UiTM and ada jugak asasi under KPTM. beza dorang? asasi under UiTM akan sambung degree kat UiTM jugak tapi asasi under KPTM akan sambung degree kat universiti lain lain selain UiTM. paham tak? aku minat asasi ni, sebab tu aku paham. ehehh :D

yang aku suka sebab sem dia tu. dia ada 2 sem je. 1 sem ada 5 bulan. jadi 10 bulan jelah. pehtu, kalau nak asasi undang undang ni, atleast kene skor 5A untuk spm. ehehhh! insya Allah, mintak mintak laa results aku lepas 5A. doakan tauuuu. cuwak lah pulakkk. tapi aku taktahu lah aku mampu ambik ke tak. kalau korang nak tahu lagi pasal asasi tu, korang boleh laaa usha kat SINI

aku nak masuk UIA. tapi kalau tak dapat camne? aku taknak matrik laa. aku dah tengok beberapa pengalaman senior senior aku sepanjang beliau belajar kat matrik. hmmmm. entahlah! kalau dapat matrik nanti camne? okey, tolak tepi jap. aku pun nak UiTM jugak. tapi, based on my friend opinion, kalau masuk UiTM, suasana tu lain. ada jugak senior senior aku dudulu berubah mendadak lepas masuk UiTM. tapi, aku kene berfikiran positif. pandai pandai jage diri lah kan. atuk cakap, belajar kat memana pon same je. yang penting diri tu. sebab tu kita kene pandai carik kawan. kot kau dapat kawan yang kaki clubbing cane? haha, habeh laa kau . so, pepandai bawak diri. barulah kau kenal erti kehidupan sebenar. ehehh!

tapi, kalau dapat UiTM Negeri Sembilan pun okey jugak. ehehhhh :p so, camne ni? aku nak terbang ke Mesir laa. waaaaaaaa! mesti best kan belajar kat tempat orang. aku pun dah ada basic Bahasa Arab tapi kena tengok result laa. aku ni bukan pandai mana. aku ni insan yang kene belajar bermati matian untuk dapat straight A. bukan macam akak sedare aku. tapi rezeki Allah kan. tengoklah cemane

okelah, assalamualaikum :)

Tuesday, 11 December 2012

Kenangan #1

bila aku imbas balik kenangan lama aku dengan kengkawan, aku ingat lagi sebelum kitorang jawab paper arab haritu. aku, mazlin and nisak ade naik asrama. kitorang buat study group dekat asrama. sawfa lah leader. aku on je. dah dia ajak, sape taknak en? aku siap post kat group kelas lagi tuu sebab nak ajak budak laki join. tapi yang datang aiman tapa sorang je. yang lain membungkus kot. aiman study ngan kitorang kejap je. pehtu dia blah. takpelah man :|

sebelum kitorang study tu, lepak lah kejap en. study group start around 8.30 cemtu. dok beborak jap. hehe, susah jugak nak belajar ngan kengkawan nii. asyik nak borak yo manjang. tapi we all limit lah sikit. kasik chan kat paper arab. aherrr :x bukan lama pon. kejap je. bersabarlah wahai hati :)

kitorang study sampai pukul 11.30 kot. pastu, kitorang stop. main bluetooth lagu pulak. nak dijadikan cerita, diorang nak kol cikaro. dia suruh aku layan. saje je. nak tengok ape respon dia. gaya budak ni cakap pasal tuu bapak ah serius. aku pon macam 'eishh, banyak pulak kredit kau nak kol wehh?' pehtu diorang kol lah. kot yo kol. loudspeaker laktuh. musykil lah jugak kannn. aku siap beborak lak ngan orang tu sampai sudah. dah habes cakap je, aku komen ah pasal budak tu. pehtu, sopa cakap cemni 'sebenarnya, cikaro tu ni haa!' dia tunjuk dekat media player. kohajo betol. sah sah aku kene bahan malam tuu. hayun gilaaaaaaaaa! patotlah aku nak tengok skrin dia tak bagi. nasib separuh member aku dah naik dorm. jadi, takde lah teruk sangat kene bahan kan.

okay, dah taktahu nak cerita apa, ni ha gambar kitorang masa study group arab tuu. ni masa awal laaaaa



gedik je buat peace kan? aherrrr :)

ini gays. dari kiri : jiha, nisa, mazlin

sebenarnya, muka diorang ni banyak malam tu. tapi takpelah. aku tempel satu je.

ahaaaa, ini gay aku yang baru :) nama dia syapie

masa ni aku rancak borak ngan dia. datang pulak jejaka idaman malaya dia pulak an. aku bahan jap. pehtu sambung borak balik. sempat je wehhh

ni lagi sorang. orang ajak belajar, dia nak makan dulu. hah! makanlah kau.




okelah. ngantuk dah. tido dulu
assalamualaikum. byeeee





Friday, 7 December 2012

Lastday Party

malam yang aku dok eksyen update status kat pesbuk tuuu, kitorang having a party. satu form laaa. include budak luar 5IK jeee :) best sebab tu lah party yang laaaaaaast sekali yang kitorang dapat buat. sedih pon ada. tapi takpelah, semua orang dah nak bawak haluan masing masing. apa yang penting, hubungan persahabatan antara kita semua takkan terpisah. kita buddiezzz. yeahhhhhhhh!












sorila, post banyak gamba. taktau nak cakap apaa dahh. tapi macam rugi ah pulak kalau tak ceritaa nanti.

lastly


habissss :|

ehhh ada lagi. nak tengok?


dah lahh. takreti aku nak taip apaaaa :p