Assalamualaikum. Hai semorang :)
Rasanya, dah seminggu jugak aku menapak kat rumah. Tak rasa bosan pun sebab ada Aqeef kat rumah. Siapa Aqeef? Oooo korang tak stalk aku eh? *ok boo nazirah. takde sape nak stalk kau*
Okeylah. Jom throwback kolej nak? Taknak sudah. Aku kesah pulak :p
Di sini langkah bermula. Ceit ayat. Tak mahu lah camtu. Kat sini aku belajar macam macam. Poyo je. Belajar akaun, pastu kata belajar macam macam. Hihi. Ok aku taktahu nak start camne. Tapi meh aku highlight sikit demi sikit.
Masa memula masuk.
Wehh, serius serik. First time masuk, memang takde kawan lah cite dia. Eh, dah ada dah. Kawan sekolah masa tadika dulu. Aku masuk dengan classmate aku dulu, Lina. Lepas daftar, aku jumpa dia kat Kafe A. Sebelum daftar, memasing poyo je '' jagakan katil aku '' '' harap kita dapat sebilik eh '' and so on. Last last, bila sampai, perghhhhh~ Blok pun jauh macam haram jadah. Aku ingat lagi, first aku pergi kafe A, aku beli nasik dengan lauk ayam masak kurma. Konon lapar. Tapi tak lapar pun. Masuk tempat baru kan, selera tak terbukak lagi. Tapi mak yang paksa suruh beli. Kalau tak makan sekarang pun, bungkus. Makan kat bilik. Sebagai anak yang baik dan taat, aku turut kan aje lah.
Ok. Dah habis cite pasal jumpa Lina. Lepas jumpa dia, mak ngan ayah hantar aku balik blok C5 yang jauh hujung dunia tu. Sepanjang perjalanan dari kafe A nak ke blok, aku berimaginasi sendiri. '' haihh, maun kurus aku duduk sini weh. tempat dah lah tah pape. blok dengan bangunan tutor jauh nak mampus. aihh pishang '' Lepas mak turun kan aku dari kereta, masa ni lah drama nak mula. Melalak aku weh. Ini bukan cobaan. Ini betul betul. Aku dah officially duduk penjara. Haha mentaliti budak baru nak up macam aku ni memang camtu. Pengakhirannya, aku berpijak di bumi yang nyata. Setelah menampar pipi kanan dan kiri 3 kali, baru aku sedar, aku berada di alam lain. Suasana belajar yang agak menggerunkan. Uuuuuuu SERAMSHIT.
Kali pertama jejak kaki kat kelas, macam syaitan doh aku rasa. Dengan semua orang aku tak kenal. Kawan sekolah aku pun aku tak jumpa. Aku takde kawan weh. Aku sensorang. Dalam hati '' aku nak kawan aku yang 7 orang tu jugak '' Haihh tapi apekan daya. Masa tu lah, aku jumpa Dalilah. Aku yang tegur pompuan tu dulu. Pompuan tu memang muka ketat je. Tapi aku buat bodo. Tapi aku tahu, dia baik. Last last, memang aku rapat ngan dia laa. Hew hew~
Masa tu, aku belum rapat lagi dengan practicum-mates. Yelah, diorang berpuak kot. Terang lagi kan nyata. Aku mana ada geng. So, aku main ikut jelaa. Alaa~ nanti lama lama, rapat lah kan. Aku mana ada tegur diorang. Diorang tegur aku, layan aku pun macam nak taknak. Penah satu hari, ade sorang member ni sakit kan hati aku. Sejak dari haritu, aku pandang dia berbulu je. Orang dah nyampah, kalau panggil pun memang aku tak menyahut. Haha perangai. Tapi lama lama, kitorang baik lah. Hehe biasa lah tu.
Oh ya. Kat sini lah aku dapat kenalan dari setiap pelusuk kat Malaysia ni. Cuma, takde yang dari Sabah Sarawak je. Kot ade, memang naiss lah kan. Haha. Jadi, panjang na citer aku, meh aku tunjuk muka dak dak kelas aku.
Ada 21 orang je. Pastu, sorang dah pindah. Maka, tinggal lah 20 orang yang dicintai :) Lama jugak ambik masa nak rapat dengan semua orang. Aku ingat lagi, ketua praktikum aku. Muka dia macam kekasih lama weh. Haha blah laa. Dia jarang gila weh cakap ngan aku. Taktahu lah kenapa. Whether dia malu atau ape ke, lantak dia la weh. Kekadang, aku rasa awkward gak ngan dia bila dia start conversation. Urm cakap benda perlu je.
bersambung.....