Assalamualaikum.
Post yang agak basi. Sebab aku tak punya banyak masa macam dulu. Dulu lain. Sekarang lain. Dulu anak dara sunti, sekarang gadis pujaan malaya. Puhhh cita cita tinggi melangit, usaha dia umpama padi menguning. Lol kenapa dengan padi menguning? Salah ke dia menguning? Atau aku yang tak reti nak kasi perumpaan dah? Sorry not sorry. Dah lama tinggalkan zaman kegemilangan subjek Bahasa Melayu masa SPM dulu dulu.
Oh. Memandangkan aku lepasan pelajar matrikulasi terbaik dari ladang, aku kenalah apply upu untuk degree dengan tujuan untuk mengorak langkah step by wicked step -,- Maaflah. Tetiba rasa otak blur.
Meh kita throwback sat.
Masa zaman spm tu, apply upu beriya iya. Yelah~ rasa diri ni dah besar. Dah pandai bawak diri lah sangat kan. Ambik universiti yang nais nais. Hmm... sekali tak dapat. Boleh rasa tak perasaan tu cemana?
Masa zaman matrikulasi ni, kita rasa kita dah besar lah jugak. Fikiran pun boleh kira dah matang. Well said, even sweet9teen je pun, tapi kematangan dari segi fikiran tu agak nampak lah jugak. Opps, saya tak puji diri sendiri. Ini orang kata. Mulut orang kita takleh tutup :p Jadi, kita apply course yang agak kita boleh dapat mengikut pointer yang kita dapat. Mihmihmih
Jadi, aku dapat interview Sarjana Muda Bahasa Melayu Komunikasi Profesional kat UiTM Shah Alam. Interview je. Jadi, jangan nak over eksaited sangat sebab takleh jangka bisa dapat atau ngak sebab bukan 10 orang je yang menghadirkan diri tawww
Teringin lah jugak menikmati pengalaman berinterview ni. Agak nervous pada mulanya tapi steady bila merasainya. Biaserlaa, pengalaman mendewasakan diri. Lewlss~ Dapat pulak sahabat handai yang umur tak macam hakuuh. Ade je pelajar lepasan asasi, tapi major lepasan diploma and lepasan stpm. Boleh agak tak umur kitorang camne?
Ye, itu yang aku akan hadap bila zaman degree nanti. Aku taktahu aku boleh adapt dengan life tu atau tak. Aku taktahu. Rasanya, hati kata tak mampu. Tapi, kita kena mencuba sesuatu yang baru. Hmm.......
Ini antara teaser aku sebelum result keluar.
No comments:
Post a Comment