Saturday, 13 October 2018

Working Life.

Rutin pekerjaan dalam kehidupan. 

Ada normal hours, ada shift. Ada sukehati, yang tu bos lah. Bisnes bisnes~ tak tentu masa. Orang cuti, kita kerja. Public holiday? Lagi nak pulun. Bayar mahal kot, takpelah. Bukan ada sape sape pun nak ajak lepak. Ajak lepak pun susah, kita free, dia tak free. Eh tahlah, lantak koranglah. Dah besarkan semua, dah ada life sendiri. Nak lepak, jom! Taknak lepak, syuhhhh sana! Ceeewaaaah~

Sekarang aku kerja as shift hours. 6 hari kerja, 1 hari cuti. Penat? Kerja kan, kerja apa yang tak penat ye dak. Awal awal dulu, koyak lah jugak. Sekarang dah ok dah tapi koyak dengan orang yang tak faham masa kita. Bila kita cakap, dia melenting.

"Yelah, memang kau sorang je kerja, kitorang ni tak!"
"Tak fahamlah bila kau cuti ni."
"Yelah, kerjalah. Gaji asyuk jangan lupa belanja member!"

Ikutkan hati, nak je aku kahak sekor sekor yang memekak seperti njirrr ni haa. Sakit hati aku taw. Gaji aku sikit ke, gaji aku banyak ke, memang aku belanja je korang. Rilek boleh kan? Member rapat pun kekadang perangai camni, lagi aku koyak senanye. Hahah~

Kerja aku setakat ni baik baik sahaja. Tapi ada benda benda yang tak enak tu sikit. Biasalah, manusia kan. Suka suka je nak jatuhkan orang. Sekarang tengah layan perangai talam 2 muka masyarakat kat tempat kerja. Aku taktaulah dia nak ape kat aku. Deyyyyy~

Oh ya, aku dah dapat surat confirm. Dah jadi permanent kat situ. So, kalau nak berhenti, kene bagi notis sebulan. Uwuuu~ hahahah

Ok lah, nanti free free aku bebel banyak. Memang nak bebel banyak tapi idea dah hilang. Wkwkwkwk

No comments: