alahai. sekarang ni aku dok mengusha asasi asasi yang ada kat universiti universiti serata malaysia ni. hmm, ikhlas aku cakap, aku taknak jejauh bona. dekat dekat dah laa. orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan. yang tu memanglah. tapi aku ni haa. aku takleh jalan jauh. kang peninglah, itulah, inilah. yang tu memang takleh sangkal laa. lumrah kehidupan para wanita. ecehhh :p
korang semua dah usha UPU ke belum? rerajin laa usha do. jenguk kat SINI. ambik tahu sikit perkembangan. jangan dok hadap pesbuk buto yo! memanglah ade yang rajin nak update status pasal itu ini tapi kita kene tahu jugak kat mane dorang tengok. bagi yang tak beli no pin UPU tu, jangan lupa 7 Januari dah boleh beli. sampai 15 April je. lepastu dah takde dah. padanla muka korang kalau lambat beli. beli kat BSN! jangan meracau racau pulak kau nak beli kat Zemart, Parkson, Midvalley, JJ and so on. kot adelah kan :D
haritu, aku ade jugaklah beborak dengan makcik pakcik aku pasal bidang kerja yang aku nak masuk. hmmm, induk dah warning awal awal, jangan nak ceburkan diri dalam bank bank ni. sok balik lambat nanti. pehtu paksu aku sambung. dahlah balik lambat, pastu makan nasik bungkus je. haha :D kesiannya induk den. so, aku rasa bidang bank aku dah boleh reject awal kot. ambik bahagian lain. subjek perakaunan aku tu boleh maintain, tapi ambik bidang lain la. macam akauntan pejabat ke. en en en? masalahnya, mampu ke aku? okey, tolak tepi jap!
pehtu, makcik aku adelah jugak suggest bidang kerja yang agak sesuai lah kan dengan den. macam lecturer. katenya, aku boleh bercakap dengan baik. alahaiiiii. then, suruh jadi cikgu. hmmm, cikgu tadika aku nak lahh. budak kecik ni aku boleh masuk sikit. ehehhh! then, ade lagilah kerja kerja lain yang aku malas nak cerita. pokok pangkalnye, aku lah! so naz, pilih lah yang terbaik untuk kau
aku dah usha beberapa asasi ni. aku tengok asasi undang-undang macam best. tapi masalahnya, asasi ni ada 2 bahagian. ada asasi under UiTM and ada jugak asasi under KPTM. beza dorang? asasi under UiTM akan sambung degree kat UiTM jugak tapi asasi under KPTM akan sambung degree kat universiti lain lain selain UiTM. paham tak? aku minat asasi ni, sebab tu aku paham. ehehh :D
yang aku suka sebab sem dia tu. dia ada 2 sem je. 1 sem ada 5 bulan. jadi 10 bulan jelah. pehtu, kalau nak asasi undang undang ni, atleast kene skor 5A untuk spm. ehehhh! insya Allah, mintak mintak laa results aku lepas 5A. doakan tauuuu. cuwak lah pulakkk. tapi aku taktahu lah aku mampu ambik ke tak. kalau korang nak tahu lagi pasal asasi tu, korang boleh laaa usha kat SINI.
aku nak masuk UIA. tapi kalau tak dapat camne? aku taknak matrik laa. aku dah tengok beberapa pengalaman senior senior aku sepanjang beliau belajar kat matrik. hmmmm. entahlah! kalau dapat matrik nanti camne? okey, tolak tepi jap. aku pun nak UiTM jugak. tapi, based on my friend opinion, kalau masuk UiTM, suasana tu lain. ada jugak senior senior aku dudulu berubah mendadak lepas masuk UiTM. tapi, aku kene berfikiran positif. pandai pandai jage diri lah kan. atuk cakap, belajar kat memana pon same je. yang penting diri tu. sebab tu kita kene pandai carik kawan. kot kau dapat kawan yang kaki clubbing cane? haha, habeh laa kau . so, pepandai bawak diri. barulah kau kenal erti kehidupan sebenar. ehehh!
tapi, kalau dapat UiTM Negeri Sembilan pun okey jugak. ehehhhh :p so, camne ni? aku nak terbang ke Mesir laa. waaaaaaaa! mesti best kan belajar kat tempat orang. aku pun dah ada basic Bahasa Arab tapi kena tengok result laa. aku ni bukan pandai mana. aku ni insan yang kene belajar bermati matian untuk dapat straight A. bukan macam akak sedare aku. tapi rezeki Allah kan. tengoklah cemane
okelah, assalamualaikum :)
7 comments:
thank share naz !!!!....aku kene masuk UIA jugak !! doakan aku jugak awww!!...aku terpaksa lalu matrik jugak
okeyy! most welcome :) always laaa weh! hope kite same same dapat result yang baik. insya Allah
insyaAllah amin...start till now..kita kene pandai jaga diri
ye betol
InsyaAllah...everythng will be fine...just pray for the best :) I agree with ur atuk...mn2 belajar pun same je...i'd experience it...nak masuk mn la...pilih ape la...pasal matrik pulak...iye2 takmo...tp yang takmo tuh lah dpt....but then keluar jugak..kekadang menyesal jugak. tp i redha...semua tuh jalan Allah bagi..so ikhlaskan je hati utk menerima. tak semua budak mtrik tak berjaya. kita boleh tgk byk lg contoh...mostly kawan2 mtrik akak semua dpat enter U tau...Uitm? social??? semua U sama je..pokok pangkalnya hati and how u manage it...if u able to manage evrythng. InsyaAllah evrthing will be fine. Believe me. Gud luck my dear :)
thank you kak mirah :)istikharah jelaa jalan terbaik. doakan kite ye
agree !
Post a Comment