Hasil tulisan aku masa study leave.
Tahun ni banyak ajar aku erti
kehidupan yang sebenar. Uish, skema betul ayat hengko. Lol. Yelah, dalam tahun
ni je, start dari awal tahun haritu, macam macam benda dah jadi. Dari situ lah
aku belajar fikir positif di mana ‘’ Allah bagi ujian sebab Allah sayang
hambanya ‘’.
Meh aku throwback kisah tragis
2014 aku. Randomly jelah.
Awal Januari aku memang kisah
suka duka sebab yelah tengah gigih menghabiskan sisa sisa kasih sayang kat
matrik dulu. Well, matrik kot. Aku rindu do semua kawan kawan aku. Masa kat
matrik sem 2, aku banyak habiskan dengan classmates, roommate, arasmate dan
segala macam mate mate lah. Pendek kata, semua orang aku dah ngam lah. Asal
keluar bilik je, mesti ada je orang yang akan hai lah kan. Best wei matrik. Tak
rugi do korang masuk. Pastu, birthday aku disambut meriah kot kat sana. Aih
sumpah rilek weh. Terharu betul dengan dorang semua. Cam biasa lah, aku
dicekodokkan beramai ramai. Tapi yang paling comelnya, aku jumpa gak member
yang sama birthday ngan aku. Keke aku ingat aku sorang je yang lahir time tu.
Puhahahahahahahambar k
Bulan Mac aku pulak, kisah
family. Well, tahun 2014 ni lah kali pertama kitorang buat Family Day Haji
Ismail taw. Setelah berkurun-kurun merancang, program tu berjalan dengan lancar
dan awesome. Dan mungkin jugak lah itu family day terakhir sebelum uwan sakit
terlantar sampai sekarang. Lepas uwan pengsan kat rumah orang kawin tu, semua
benda berubah. Dari mak aku banyak keje nak buat, terus tak jadi keje sebab
jaga uwan siang malam. Menangis weh aku. Besar betul dugaan. Nasib baiklah masa
tu, aku dah nak habis matrik. Lepas habis matrik, aku lepak rumah jaga anak
buah aku. Mak aku ngan makngah galas tanggungjawab jaga uwan. Pagi pagi time
hari keje, Aqeef akan sampai pukul 7.30 pagi. Pastu, aku akan bawak dia merayau
rayau sampai dia penat. Hehe aku kan makcik yang jahat. Pastu kang, kasi susu
then dia tido. Yang mak aku pulak, pegi tengok uwan, pastu kasi makan sambil tunggu
makngah sebab nak mandikan uwan. Btw, uwan aku dah takleh jalan. Sebab semua
anggota (yang kat luar je. bukan dalam la gile) belah kanan dia dah lemah. Jadi,
semua rutin harian mak aku on the spot berubah. Tapi kita kena sentiasa
beringat yang setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmah. Dan hikmah dia masa
tu, aku dah habis matrik. Aku takyah pergi Pilah lagi dah. Aku luang masa kat
rumah dengan family je. Ringan jugaklah beban mak aku. Sebab tu jangan pandang
serong kat aku kalau aku tak keje bila tengah menganggur. Aku menganggur kumpul
pahala akhirat taw. Biasalah, dunia ni kan sementara je. Keke madah sangat
wehhh.
Pastu dan seterusnya, tulah rutin
harian mak aku. Dugaan yang timpa family aku bukan takat tu je. Aku ingat lagi
lepas raya. Masa tu hari jumaat jam 2.30 petang kat rumah uwan aku. Oh ya!
Kitorang memang selalu makan kat rumah uwan sekarang. Masa tu kitorang tengah
makan tengah hari lepas solat jumaat. Lepas makan tu, aku main ngan Aqeef.
Pastu ayah nak bukak kipas. Kipas tu tengkuk dia patah. Jadi ayah nak luruskan
lah cite dia. Ayah panjat, pastu dia luruskan kipas tu. Masa tu aku perasan
ayah punya peluh banyak gila. Macam baru lepas mandi dia punya baju tu basah
dek peluh. Pastu, dalam setengah jam lepas tu, aku balik rumah kat sebelah.
Masa tu aku nampak adik aku kasi air kat ayah. Aku tanya apahal tu? Adik aku
kata, ayah nak pitam. Aku pun pi lah usha ayah. Sumpah lain macam do. Aku tanya
lah “apasal banyak sangat peluh ni? Ayah baru lepas mandi ke?” Ayah aku jawab
“entah. Nak pitam gaso eh haaaa.” Aku rasa pelik sangat, aku lari kat mak. Masa
tu mak tengah makan tengah hari dengan atuk ngan maklang. Aku panggil camni,
“mak! Ayah nak pitam.” Mak pun tekejut beruk, terus basuh tangan pegi kat ayah.
Mak kasi air. Mak urut ayah. Aku lak kipas kan. Atuk pun datang. Atuk kata “eh,
lain bona kau ni. Poie la spital heh.” Nasib baiklah maklang ada. Pastu, maklang
bawak ayah pegi klinik. Masa kat klinik, makngah datang, abang aku ada. Sebab
maklang update kat whatsapp. Aku lak kena duduk rumah sebab jaga uwan. Aqeef
tido. Pastu, klinik transfer ayah kat hospital Tampin. Pukul 4 ayah dah ada kat
wad kecemasan. Doktor check, ayah mungkin ada masalah kat jantung. Aku punya
derau Allah je tahu. Aku bukan apa. Aku kesian kat mak. Mak makan tak kenyang
kot. Aih nak cite pun dah sebak. Pastu, doktor sediakan dokumen segala bagai
nak transfer ke hospital Tuanku Jaafar. Masa tu dah pukul 5 lebih. Tak silap
aku, ayah aku gerak pukul 6.30 petang kot. Ingatkan mak boleh ikut sama naik
ambulans tu, tapi doktor tak kasi sebab banyak peralatan. Yelah~ ambulans
kronik kot. So, aku ngan abang aku drive and pick up mak kat rumah maklang aku
sebab maklang aku dari hospital Tampin terus balik TSR. Jadi, aku, Jaa, Pudin
ngan mak lah yang pergi hospital time tu. Adik adik aku semua tinggal rumah
sebab budak budak takleh ikut. Masa tu, whatsapp family still bising sebab
risau. Untunglah masa tu pakngah ada hal kat Seremban, so pakngah tunggu ayah
kat hospital. Masa ayah sampai tu kira pakngah lah yang sambut. Pakngah nampak
ayah masuk wad kecemasan zon merah bak hangg! Pastu, wayar terus berselirat.
Masa kitorang sampai tu dah maghrib, solat jap baru pegi kat zon merah tu. Dari
pukul 8 kitorang terpacak, sampai pukul 10 lebih kau tahu tak. Masa tu, aku
teman mak. Tak lama pastu, along ngan kaklong aku sampai, then pakman, pastu
angah ngan kakngah sampai. Kitorang semua masuk tengok ayah masa kat zon tu.
Takleh masuk ramai ramai. Masuk sorang sorang je. Masa aku masuk, ayah sedar.
Nurse kata, paru paru ayah berair. So nurse kasi alat jadah tah. Masa tu, ayah
kata dia haus. Nak air. Aku mintak kat nurse tu air. Nurse tu bagi. Lepas ayah
minum, dia nak muntah. Aku ambik la besen kat singki tu, ayah muntah dalam tu.
Aku tengok, ayah muntah air dan air tu kaler kuning cair sikit ah. Hmm gulai
ayah makan tengah hari tadi letuwwww. Pastu, doktor datang cucuk ayah. Nak
ambik darah menda tah. Pelik pelik je aku tengok -.- Untuk pengetahuan uolls, kitorang
tunggu ayah sampai 2 pagi. Aku sampai tetido tahu tak. Pukul 2 pagi, ayah
keluar dari zon kecemasan and nurse terus hantar naik CCU rasanya. Masa tu, mak
ngan adik aku yang Pudin tu je doktor kasi naik sebab dah 2 pagi kot. Well,
hospital kerajaan kan. Ade lah prosedur dia -.-
Pastu, doktor kata, takda sapa
boleh jaga sebab wad tu untuk orang kronik. Doktor je jaga. Papehal, doktor
call rumah. So, kitorang balik camtu jelah. Sian ayah. Sedih aku. Dipendekkan
cerita, esok tu sekampung datang lawat ayah kat CCU. Yelah, ayah kan rajin pi
masjid, jadi bila dia tak pi masjid malam tu, semua orang pelik lah kan. Maybe
atuk cite. Pastu, esok tu aku datang dalam 6.30 petang siap bawak surat GL
untuk ayah. Naik je kat depan CCU tu, pehhhhh apehal orang kampung aku je isik
eh ni. Adoi meriah gak hospital tu. Memang ramai. Takleh blah betul. Ok~ yang
lain lain tu maleh ah nak cite. 2 minggu ayah lepak kat hospital. Dan dalam 2
minggu tulah mak ulang alik Rembau – Seremban kau tahuu! Yes, bertambah lagi
rutin mak. Yang uwan pulak still mak jaga sebab ayah tak kasi mak tidur
hospital. Nanti, sakit sakit lak badan kot tido kat kerusi.
Bulan
September aku pulak kisah duka. Yelah~ aku sambung study kat UiTM Shah Alam dah
sekarang. Shah Alam wei. Member pun takde. Hai sorang sorang lah kau nokkk!
Minggu MDS besttttt sangat *tahi* LOL. Best lah bila dah nak habis tu. Sebab
aku jumpa dak aras. So, aku spend masa penutup MDS dengan dak dak Matrik Pilah
jelah kan. Kihkih okey dah malas nak cite.
Haa tragis kan
kisah 2014 aku?
Oke bye!
No comments:
Post a Comment